Hierarki Bandar

DPN2 telah mengenalpasti 283 buah bandar di Semenanjung Malaysia manakala lima (5) buah bandar di Wilayah Persekutuan Labuan. Bandar-bandar ini terbahagi kepada lima (5) peringkat hierarki bandar. Ini adalah berasaskan kepada unjuran penduduk tahun 2025.

Dari segi fungsi bandar, setiap 288 bandar di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai fungsi umum bandar. Fungsi umum bandar merujuk kepada fungsi asas bandar yang menawarkan kemudahan perniagaan, perumahan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, rekreasi dan sosial kepada penduduk setempat. Pertumbuhan fizikal dan ekonomi di bandar-bandar ini secara umumnya dipacu oleh sektor perniagaan dan perdagangan.