Definisi bandar adalah –

Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih; atau *kawasan pembangunan khusus; atau pusat pentadbiran daerah walaupun penduduk kurang daripada 10,000 orang dan sekurang-kurangnya 60% penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.

*Kawasan Pembangunan Khusus:

“Kawasan pembangunan yang tidak diwartakan dan boleh dikenalpasti serta terpisah dari mana-mana kawasan yang diwartakan atau kawasan tepu bina melebihi lima (5) km. Kawasan berkenaan mempunyai penduduk sekurang- kurangnya 10,000 orang dengan 60% daripada penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian”.

 Ilustrasi Definisi Bandar