VISI DAN PRINSIP
DASAR PERBANDARAN NEGARA KEDUA

 

VISI DPN2

Visi DPN2 adalah seperti berikut –

Bandar Yang Mampan Untuk Kesejahteraan Rakyat

Bagi mencapai visi ini, lima (5) prinsip telah digariskan untuk membentuk strategi dan tindakan-tindakan yang akan diambil. Prinsip-prinsip ini adalah penting bagi memastikan semua agensi dan organisasi yang terlibat di dalam melaksanakan DPN2 ini memahami hala tuju DPN2.

 

PRINSIP PRINSIP DPN2

Lima (5) prinsip utama DPN2 adalah –

PRINSIP 1: Tadbir Urus Bandar Yang Baik
PRINSIP 2: Bandar Yang Berdaya Huni
PRINSIP 3: Ekonomi Bandar Yang Berdaya Saing
PRINSIP 4: Pembangunan Bandar Yang Inklusif dan Saksama
PRINSIP 5: Pembangunan Hijau dan Persekitaran Bersih

DPN2 mempunyai 113 tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mencapai 62 strategi dan 36 objektif. DPN2 ini juga mengandungi indikator serta pengukuran bagi setiap tindakan untuk menilai pencapaiannya.

Bagi setiap prinsip, objektif dan strategi dibentuk serta diperincikan dengan tindakan- tindakan yang perlu dilaksanakan berdasarkan keutamaan. Ini dijangka akan memudahkan agensi pelaksana melaksanakan tindakan-tindakan yang dicadangkan.

Ringkasan Bilangan Prinsip, Objektif, Strategi dan Tindakan Dalam DPN2